Pengetahuan dan kemahiran guru dalam menjalankan pembelajaran berasaskan projek (PBP) untuk language Arts dalam Bahasa Inggeris
<p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) untuk mengajar language arts.Selain itu, kajian ini juga turut menganalis...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9792 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) untuk mengajar language arts.Selain itu, kajian ini juga turut menganalisis hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran para guru serta impaknya ke atas guru-guru yang menggunakan PBP untuk menyampaikan language arts dalam bahasa Inggeris. Berpandukan metodologi kuantitatif, objektif kajian ini ditentukan berdasarkan kaedah kajian tinjauan. Satu set instrumen soal selidik yang terdiri 4 bahagian telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini. Instrumen kajian yang dibina mempunyai struktur yang merangkumi semua persoalan dan objektif kajian. Bahagian A dalam soal selidik merupakan bahagian demografi yang mengandungi 6 soalan utama untuk mengetahui latar belakang responden. Setiap item dalam bahagian B, C dan D mempunyai skala likert 1 hingga 5. Bahagian B mempunyai 10 item dan bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan PBP untuk language arts dalam kalangan guru. Bahagian C pula ialah untuk meninjau tahap kemahiran guru mengenai PBP dan bahagian ini mempunyai lapan item. Kajian ini menggunakan pensampelan rawak di mana semua responden dipilih daripada populasi besar guru-guru di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Seramai 275 responden dipilih untuk mendapatkan data yang diperlukan. Hasil analisis menunujukkan bahawa tahap pengetahuan n=275 (M=3.10, SP= .26) berada pada tahap sederhana. Tahap kemahiran n=275 (M=3.48, SP= .45) juga berada pada tahap sederhana. Tahap pengetahuan dan kemahiran guru adalah pada tahap sederhana. Terdapat satu korelasi positif yang rendah dan signifikan (r = .204, n = 275, p = .001). Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa kemahiran PBP guru akan meningkat sekiranya pengetahuan PBP guru dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, hasil kajian mendapati bahawa hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan PBP untuk language arts adalah pada paras sederhana. Sebagai cadangan masa depan, kajian berbentuk korelasi bagi meneroka hubungan antara aspek demografi seperti umur guru dan kemahiran PBP dalam language arts di Malaysia adalah sangat perlu.</p> |
---|