Pembangunan platform sumber kerumunan dan model peramal penerimaan penggunaan berterusan (ACU) dalam kalangan guru sekolah

Fokus kajian adalah bagi membangunkan platform sumber kerumunan, krumun.org di

mana guru adalah khalayaknya. Namun, kejayaan platform yang dibangunkan

bergantung kepada penerimaan dan hasrat penggunaan berterusan ol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalizul Khalid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9799
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Fokus kajian adalah bagi membangunkan platform sumber kerumunan, krumun.org di

mana guru adalah khalayaknya. Namun, kejayaan platform yang dibangunkan

bergantung kepada penerimaan dan hasrat penggunaan berterusan oleh khalayak.

Maka, satu model yang menggabungkan faktor-faktor UTAUT dan ECM dibina bagi

mengkaji penerimaan dan penggunaan berterusan platform krumun.org yang dikenali

sebagai model Acceptance-Continuance Use (ACU). Analisis kajian merangkumi (i)

analisis deskriptif yang menggunakan IBM SPSS 25, (ii) analisis inferens bagi menguji

lapan hipotesis dan analisis prediktif menggunakan SmartPLS 3.3.9 bagi pembentukan

model pengukuran dan (iii) model struktural serta prosedur penilaian keupayaan

meramal PLSpredict. Analisis dilakukan ke atas 194 khalayak platform krumun.org.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif di antara konstruk-konstruk

yang dikaji iaitu: (i) BI dengan UB memperoleh r2=0.218; (ii) PE, EE dan FC dengan

BI memperoleh r2 0.627; (iii) SA, PU dan TR dengan CI memperoleh r2=0.769; (iv)

CF, PU dan TR dengan SA memperoleh r2=0.745; (v) BI dan CF dengan PU

memperoleh r2=0.316; dan (vi) BI dan CF dengan TR memperoleh r2=0.360. Pengujian

faktor moderator dan mediator iaitu jantina, umur, bidang dan jenis sekolah ke atas

hubungan konstruk penerimaan mendapati tiada hubungan yang signifikan. Analisis

prediktif mendapati kesemua konstruk endogenus mempunyai kepentingan peramalan.

Penilaian keupayaan meramal luar sampel mendapati dua konstruk iaitu BI dan TR

mempunyai keupayaan sederhana; dua konstruk iaitu UB dan SA mempunyai

keupayaan rendah dan dua konstruk iaitu PU dan CI, tiada keupayaan meramal. Namun,

nilai r2 menandakan keupayaan meramal kesemua konstruk bagi peramalan dalam

sampel. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan baharu yang telah diperkenalkan

melalui Model ACU. Kajian ini membangunkan platform sumber kerumunan untuk

kegunaan guru dan menyediakan garis panduan reka bentuk membangunkan platform

sumber kerumunan. Model ACU pula boleh digunakan dalam kajian akan datang yang

berkaitan penerimaan dan penggunaan berterusan pengguna sistem maklumat di dalam

organisasi bagi kajian pada masa hadapan.