Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dalam kalangan guru sains komputer di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

(PCK) bagi guru Sains Komputer. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan adalah

hubungan diantara Pengetahuan Pedagogi (PK) dan Pengetahuan...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2022

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9806 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

(PCK) bagi guru Sains Komputer. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan adalah

hubungan diantara Pengetahuan Pedagogi (PK) dan Pengetahuan Isi Kandungan (CK).

Model yang digunakan adalah berasaskan kepada model PCK Shulman. Rekabentuk

kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan. Seramai 78 orang

guru Sains Komputer dipilih secara rawak dari 62 buah sekolah. Instrumen soalan

selidik yang telah disahkan oleh lima orang pakar telah diedarkan dalam talian yang

mengandungi 50 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach, =

.98. Data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang

melibatkan ujian Anova,Ujian-t dan juga Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan

tahap Pengetahuan Pedagogi (M = 3.78, SP = .68), tahap Pengetahuan Isi Kandungan

(M = 3.96, SP = .82) dan tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (M = 3.75, SP

= .67) guru Sains Komputer pada tahap tinggi. Hasil ujian statistik inferensi

menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan antara PCK, CK, dan PK dengan jantina

dan pengalaman. Namun begitu terdapat hubungan positif dan kuat antara PK dengan

PCK (r = .84) dan CK dengan PCK (r = .80). Kesimpulannya, dapatan menunjukkan

bahawa tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru Sains

Komputer berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian ini dapat menyokong guru

Sains Komputer untuk penguasaan pedagogi isi kandungan dalam pendidikan abad ke-

21.