Janaan kerangka model emosi watak protagonis wanita berkeluarga bekerja berdasarkan analisis emosi dalam novel popular dan realiti

Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel

popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular

yang menjadi bahan kajian iaitu novel 7 Hari Mencintaiku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Atiq Syahirah Che Baharudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9811
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel

popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular

yang menjadi bahan kajian iaitu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati

Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya

Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu

mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama

televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah

bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela

diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular serta persamaan dan

perbezaan dengan wanita dalam kehidupan sebenar. Akhirnya menjana model emosi

wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana

Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi

(Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga teori tersebut merupakan pegangan dalam

menganalisis emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular.

Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenal emosi dan helah bela diri wanita

berkeluarga bekerjaya secara realiti. Hasil dapatan daripada pembinaan jadual emosi,

kajian ini mendapati terdapat 12 jenis emosi watak protagonis wanita dalam novel

popular. Antaranya ialah emosi kasih, emosi malu, emosi riang, emosi sedih, emosi

takut, emosi hairan, emosi marah, emosi jijik, emosi tenaga, emosi dendam, emosi

dengki, dan emosi simpati. Namun, hanya sembilan emosi sahaja yang selari dengan

emosi wanita bekerjaya berkeluarga masa ini. Helah bela diri watak protagonis wanita

dalam novel pula terdapat 10 jenis. Antara helah bela diri tersebut ialah, sublimasi,

rasionalisasi, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, fantasi, represi, penafian,

agresi dan regresi. Namun, hanya satu HBD (helah bela diri) sahaja yang berada

paling hampir dengan wanita realiti, dua HBD yang berada di gelung kedua, lima

HBD di gelung ketiga, dua HBD yang berada di gelung keempat dan dua HBD yang

berada di gelung terakhir. Hal ini menunjukkan bahawa semakin jauh gelung daripada

bulatan HBD, semakin kurang persamaan HBD yang diambil oleh wanita bekerjaya

berkeluarga dalam realiti. Kesemua dapatan tersebut merupakan bahan kajian utama

dalam pembentukan model emosi dan helah bela diri wanita bekerjaya berkeluarga.