Kesan penggunaan Model Peringkat Kefahaman Numerasi terhadap pencapaian penyelesaian masalah berayat operasi asas dan minat dalam Matematik Tahun Empat

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Model Peringkat

Kefahaman Numerasi (MPKN) terhadap pencapaian dan minat bagi penyelesaian

masalah berayat operasi asas Matematik Tahun Empat di sekol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Amalina Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9835
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Model Peringkat

Kefahaman Numerasi (MPKN) terhadap pencapaian dan minat bagi penyelesaian

masalah berayat operasi asas Matematik Tahun Empat di sekolah rendah daerah

Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini menggunakan MPKN yang dihasilkan oleh Siti

Rahaimah. Terdapat empat tahap yang digunakan dalam model ini iaitu pengkodan

kod (de-coding), pemerolehan pengetahuan (meaning making), aplikasi (using) dan

analisis (analyzing). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen.

Responden bagi kajian ini ialah 62 orang murid di SK Bukit Kerayong. Murid ini

akan dipilih secara rawak yang terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan. Kumpulan rawatan ini diajar penyelesaian masalah berayat operasi asas

Matematik menggunakan MPKN manakala kumpulan kawalan pula menggunakan

pendekatan tradisional. Pengkaji menggunakan program SPSS iaitu ujian-t sampel

berpasangan dalam menganalisis data yang diperoleh daripada alat pengukur kajian

iaitu ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Hasil ujian-t bagi kumpulan rawatan

mendapati tahap signifikan adalah 0.656 yang menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan antara min pra ujian dengan min pos ujian pencapaian penyelesaian

masalah berayat operasi asas matematik. Hasil ujian-t bagi maklum balas soal selidik

pula mendapati tahap signifikan bagi kumpulan rawatan adalah 0.757 yang

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min ujian pra dan min ujian pos

minat murid dalam Matematik Tahun Empat. Implikasi kajian ini menunjukkan

bahawa intervensi menggunakan model peringkat kefahaman numerasi yang

dijalankan memberi kesan positif dan membantu murid dalam pembelajaran ini.