Pemahaman dan kekerapan guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, kekerapan, dan masalah

guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA. Pendekatan kuantitatif

dengan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Adilah Musa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9836
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman, kekerapan, dan masalah

guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA. Pendekatan kuantitatif

dengan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada empat

bahagian iaitu demografi responden, tahap pemahaman guru, aktiviti dan kekerapan

guru serta masalah yang dihadapi guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain

digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada guru TADIKA di daerah

Hulu Selangor, Selangor. Sampel dipilih seramai 70 orang guru TADIKA. Pemilihan

sampel dibuat secara rawak tanpa mengambil kira demografi responden. Secara

keseluruhannya dalam bahagian B, tahap pemahaman guru tentang penggunaan kaedah

belajar melalui bermain di TADIKA berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.936

(s.p. = 0.753). Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan yang

signifikan antara tahap pemahaman guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain

dengan jenis TADIKA (F3, 66 = 0.264; p > 0.05) serta tiada perbezaan yang signifikan

antara tahap pemahaman guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain dengan

tempoh pengalaman mengajar guru (F3, 66 = 0.364; p > 0.05). Selanjutnya, bahagian C

iaitu kekerapan guru menggunakan kaedah belajar melalui bermain di TADIKA ialah

sebanyak 65.70% seminggu. Bahagian D iaitu masalah yang dihadapi guru TADIKA

dalam melaksanakan kaedah belajar melalui bermain di dalam kelas berada pada tahap

sederhana dengan nilai min 2.383 (s.p. = 1.015). Implikasinya, semua pihak harus

berusaha melakukan penambahbaikan agar kaedah belajar melalui bermain dapat

dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran guru di TADIKA. Kesimpulannya,

pemahaman guru dalam kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru

TADIKA mengenai kepentingan kaedah belajar melalui bermain dalam pengajaran

secara holistik terhadap kanak-kanak.