Peranan keperluan asas psikologi sebagai pengantara bagi hubungan antara iklim sekolah dengan kesejahteraan subjektif pelajar

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan keperluan asas psikologi sebagai

pengantara bagi hubungan antara iklim sekolah dengan kesejahteraan subjektif pelajar

di sekolah. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norkhafizah Yussuf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9838
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan keperluan asas psikologi sebagai

pengantara bagi hubungan antara iklim sekolah dengan kesejahteraan subjektif pelajar

di sekolah. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab tiga persoalan

kajian dan lapan belas hipotesis. Tiga set instrumen telah digunakan untuk mengukur

iklim sekolah, keperluan asas psikologi dan kesejahteraan subjektif pelajar di sekolah.

Seramai 361 responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di Daerah Hilir

Perak dipilih melalui pensampelan bersrata dan data dianalisis menggunakan Structural

Equation Modeling. Keputusan analisis secara bootsraping mendapati bahawa

keperluan asas psikologi adalah pengantara yang signifikan positif bagi hubungan

antara dimensi iklim sekolah yang terdiri daripada sokongan guru, hubungan rakan

sebaya, hubungan dengan pihak sekolah, melaporkan dan meminta pertolongan,

kepelbagaian budaya dan peraturan yang jelas terhadap perasaan positif dengan nilai

standart indirect effect berada antara 0.094(p=0.001) hingga 0.198 (p=0.030) serta

kepuasan hidup pelajar di sekolah dengan nilai standart indirect effect berada antara

0.082 (p=0.001) hingga 0.174 (p=0.030). Kajian ini turut mendapati keperluan asas

psikologi juga adalah pengantara yang signifikan negatif bagi hubungan antara ke

enam-enam dimensi sekolah tersebut dengan perasaan negatif pelajar dengan nilai

standart indirect effect berada antara -0.046 (p=0.006) hingga -0.022 (p=0.035).

Kesimpulannya, kajian ini telah menyokong bahawa keperluan asas psikologi menjadi

asas penting dalam menentukan tahap kesejahteraan subjektif pelajar. Implikasi kajian

ini dapat membantu pemegang taruh dalam bidang pendidikan melakukan

penambahbaikan iklim sekolah menerusi pelaksanaan strategi dan tindakan

berdasarkan keperluan asas psikologi pelajar. Kajian yang lebih komprehensif dengan

melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti perlu dilaksanakan untuk melihat

kesan yang lebih luas lagi terhadap keperluan asas psikologi dan tahap kesejahteraan

pelajar di sekolah.