Pengaruh literasi keluarga terhadap penerapan kemahiran membaca dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di rumah

Objektif kajian ini adalah untuk meneliti aspek persekitaran literasi keluarga (penyediaan

bahan dan ruang pembelajaran, sikap, interaksi dan komunikasi serta penggunaan masa

bersama anak prasekolah ketika di rumah)...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Roszainiza Roslan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9845
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Objektif kajian ini adalah untuk meneliti aspek persekitaran literasi keluarga (penyediaan

bahan dan ruang pembelajaran, sikap, interaksi dan komunikasi serta penggunaan masa

bersama anak prasekolah ketika di rumah) dan tahap pendidikan ibu bapa terhadap penerapan

kemahiran membaca dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah ketika di rumah. Reka

bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab tujuh persoalan kajian dan lima

hipotesis. Instrumen borang Soal Selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian digunakan

untuk mengukur aspek persekitaran literasi keluarga dan penerapan kemahiran membaca

dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di rumah. Seramai 349 orang ibu bapa

kanak-kanak prasekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai

responden menggunakan teknik Persampelan Rawak Berstrata. Analisis Kolerasi Pearson r

menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan di antara aspek persekitaran

literasi keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa terhadap penerapan kemahiran membaca

dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak prasekolah di rumah. Analisis Regrasi mendapati

bahawa lima faktor peramal dalam kajian ini adalah signifikan dari nilai 0 (F5, 343 = 40.76, p

< 0.05) yang selanjutnya menjelaskan bahawa kesemua pemboleh ubah bebas tersebut

menyumbang kepada penerapan kemahiran membaca dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak

prasekolah di rumah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan masa ibu bapa yang

tinggi ketika di rumah dijangka dapat mempertingkatkan lagi usaha penglibatan ibu bapa

dalam aktiviti penerapan kemahiran membaca bersama anak prasekolah mereka di rumah.

Kajian yang komprehensif perlu dilaksanakan ke atas kanak-kanak prasekolah di seluruh

Malaysia bagi melihat kesan persekitaran literasi keluarga terhadap aktiviti penerapan

kemahiran membaca yang dilaksanakan oleh ibu bapa ketika di rumah.