Pengaruh status sosioekonomi (SSE) ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar daerah Papar Sabah: satu kajian empirikal

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh status sosioekonomi ibu bapa

terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar daerah Papar,

Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif de...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9846 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh status sosioekonomi ibu bapa

terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah luar bandar daerah Papar,

Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah kajian tinjauan

deskriptif. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang

diperlukan. Seramai 366 pelajar tingkatan 4 sekolah menengah luar bandar daerah

Papar dipilih sebagai responden dengan menggunakan teknik pensampelan rawak

berstrata dan pensampelan rawak mudah. Kajian ini melibatkan lima elemen pengaruh

status sosioekonomi ibu bapa sebagai pemboleh ubah tak bersandar dan hanya

melibatkan satu pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik pelajar. Analisis

deskriptif digunakan untuk menjelaskan latar belakang demografi sampel manakala

analisis infrerensi regresi berganda digunakan untuk menunjukkan kekuatan pengaruh

status sosioekonomi ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah

menengah luar bandar di daerah Papar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

Program Perisian Statistical Pakage for Social Science versi 23. Hasil analisis data

deskriptif menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah

Tingkatan 4 luar bandar daerah Papar adalah pada tahap yang sederhana. Dapatan

analisis regresi berganda pula menunjukkan hanya terdapat dua daripada lima elemen

pengaruh status sosioekonomi ibu bapa yang signifikan terhadap pencapaian

akademik pelajar iaitu pengaruh faktor pendapatan ibu bapa dan jarak ke sekolah.

Faktor pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa serta persekitaran rumah tidak

menunjukkan pengaruh yang signifikan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan

pendapatan ibu bapa dan jarak ke sekolah mempengaruhi pencapaian akademik

pelajar luar bandar di daerah Papar. Sumbangan dapatan kajian ini diharapkan dapat

membantu pihak berkepentingan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu

pencapaian akademik pelajar di luar bandar khasnya di daerah Papar. Kajian yang

lebih komprehensi dengan melibatkan faktor selain sosioekonomi dicadangkan untuk

memperkembangkan lagi kajian pada masa depan.