Tahap ketangkasan pemain badminton dalam Program Pembangunan Sukan Teras di bawah Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS)

<p>Tujuan kajian ini adalah menentukan keberkesanan Program Pembangunan Sukan Teras yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Negeri Sarawak yang berpusat di Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS). Selain itu, kajian ini juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Candrawati Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9853
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini adalah menentukan keberkesanan Program Pembangunan Sukan Teras yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Negeri Sarawak yang berpusat di Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS). Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti tahap ketangkasan umum pemain badminton lelaki di bawah Program Pembangunan Sukan Teras Sarawak yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) di Negeri Sarawak berdasarkan kumpulan etnik, tinggi dan berat pemain. Pengkaji menggunakan Ujian Lompat Kuadran (Johnson & Nelson,1986), Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki (AAHPERD, 1976) dan Ujian Ketangkasan SEMO (Kirby, 1971 ). Sampel yang digunakan adalah seramai 60 orang pemain badminton iaitu 40 orang pemain di bawah Program Pembangunan Sukan Teras iaitu pemain SBA seramai 20 orang (SBA=20) dan pemain PBBS juga seramai 20 orang (PBBS=20) serta 20 orang dari SMK Penrissen No. I. Kategori urnur sampel terdiri daripada 20 orang di bawah 12 tahun dan 40 orang pemain berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan ketiga-tiga ujian ketangkasan dikuasai oleh pemain SBA. Selain itu, pemain bumiputera telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sampel dalam kategori tinggi dari 145-150 cm dan berat badan yang paling ringan iaitu dari 30-40 kg adalah paling tangkas dan cergas. Berdasarkan dapatan kajian juga terbukti bahawa program yang berkesan dan saintifik amat penting bagi meningkatkan prestasi pemain-pemain badminton. Dapatan ini merumuskan yang Program Pembangunan Sukan Teras sangat sesuai digunakan untuk meningkatkan tahap ketangkasan pemain badminton sekaligus untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan. Keputusan uj ian anova bagi ketiga-tiga komponen kecegasan ialah Lompat Kuadran nilai P= 0.025, lari ulang alik 30 kaki ialah P= 0.966 dan SEMO pula ialah P= 0.613. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan meningkat antara ujian pra dan pos bagi Lompat Kuadran dan tidak terdapat perbezaan meningkat bagi Lari Ulang Alik 30 Kaki dan SEMO.</p>