Kesan bimbingan kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan bermasalah disiplin

<p>Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Putri Nurul Asyiqin Megat Azra\'ai
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9869
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihkan secara rawak berpadanan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (30 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Data kuantitatif ujian pra dan pos dikumpul menggunakan soal selidik Skala Daya Ketahanan (SDK) dan Inventori Strategi Daya Tindak (SDT) yang mempunyai nilai kesahan 0.741 (SDK) dan 0.769 (SDT) serta nilai kebolehpercayaan 0.65 (SDK) dan 0.86 (SDT). Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif & inferensi melalui ujian statistik min, Ujian-t, Mancova dan Pos Hoc pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan tahap min Resilien (0.933 kepada 6.506) dan Daya Tindak (0.688 kepada 3.43). Di samping itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT didapati berkesan secara signifikan terhadap Resilien melalui analisis Ujian-t Sampel Berpasangan ( t (-8.08) = p .000 < .05) dan Daya Tindak t -7.920 = p .000 < .05. Selain daripada itu, berdasarkan analisis Pos Hoc hasil kajian juga menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan terhadap kumpulan rawatan berdasarkan gender berbanding kumpulan kawalan terhadap resilien F (44.5) = p (0.005) < 0.05 dan daya tindak F (19.38) = p (0.03) < 0.05. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan kesan rawatan terhadap kumpulan rawatan berdasarkan gender. Secara keseluruhannya, kajian membuktikan modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan resilien dan daya tindak subjek kajian. Di samping itu hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesan gender terhadap rawatan. Oleh itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT boleh dijadikan sebagai satu cara untuk meningkatkan Resilien dan Daya Tindak remaja bermasalah disiplin dan penggunaannya diperluaskan di sekolah-sekolah lain di seluruh negara.</p>