Punca-punca tekanan kerja dalam kalangan Guru Besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak

<p>Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau punca-punca tekanan kerja guru besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca tekanan kerja guru besar, mengenal pasti tahap te...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Azlan Lin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2011
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9879
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau punca-punca tekanan kerja guru besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca tekanan kerja guru besar, mengenal pasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru besar di kawasan kajian serta meninjau perbezaan tekanan kerja dengan pembolehubah daerah, lokasi, jenis sekolah, sesi sekolah, gred sekolah, jantina, umur, pengalaman, enrolmen guru, enrolmen pelajar dan enrolmen staf. Pengujian punca tekanan menggunakan alat ukur Administrative Stress Index (ASI). Dapatan menunjukkan tekanan kerja di daerah Batang Padang dan Hilir Perak pada tahap sederhana dan punca utama tekanan guru besar di kedua-dua daerah ialah harapan tinggi pihak atasan. Sebanyak 96 (100%) soal selidik dari daerah Batang Padang dan 110 (97.3%) dari daerah Hilir Perak telah dikembalikan kepada pengkaji. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur tahap tekanan pekerjaan dan punca-punca tekanan pekerjaan manakala analisis inferens (univariate dan korelasi [Pearson]) digunakan untuk mengenalpasti pengaruh pembolehubah-pembolehubah demografi diri dan latar belakang sekolah terhadap tekanan pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan (1) tidak wujudnya perbezaan signifikan antara tekanan pekerjaan dengan pemboleh ubah daerah, lokasi, jenis, sesi, dan gred sekolah; (2) tidak wujudnya perbezaan tekanan pekerjaan dengan pembolehubah umur, jantina dan pengalaman; (3) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen pelajar; dan (4) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen guru dan staf. Kajian ini turut mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah-langkah drastik bagi membantu guru besar mengatasi tekanan mereka. Namun, guru besar juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi tekanan kerja yang dihadapinya supaya tidak terdedah kepada kesan negatif tekanan.</p>