Keberkesanan kaedah kes dalam subjek Prinsip Perakaunan terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar

<p>Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan kaedah kes terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek Prinsip Perakaunan. Kompetensi yang dikaji ialah kompetensi penyelesaian masalah, komunikasi, kepimpinan dan kerja kumpulan. Tujuan utama kajian i...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ruzita Ab Halim
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2011
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9882
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan kaedah kes terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek Prinsip Perakaunan. Kompetensi yang dikaji ialah kompetensi penyelesaian masalah, komunikasi, kepimpinan dan kerja kumpulan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kaedah kes dengan pengajaran tradisional dengan melihat kesan kedua-dua kaedah terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dan melibatkan 61 orang pelajar. Tempoh masa kajian adalah lapan minggu. Data dikutip menggunakan borang soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis ujian kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian prestasi dan pembangunan kompetensi iaitu penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar kumpulan kaedah kes lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar kumpulan pengajaran tradisional. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan kaedah kes menerima baik pelaksanaan kaedah ini. Implikasi dapatan kajian ini ialah kaedah kes wajar digunakan sebagai satu kaedah P&P di dalam pendidikan Perakaunan bagi membangunkan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar.</p>