Pembinaan modul pembelajaran berasaskan minda (PBM) dalam kalangan murid sekolah menengah

Kajian ini dilaksanakan untuk membina dan menilai Modul PBM dalam

kalangan murid sekolah menengah terhadap penguasaan kemahiran abad

ke-21 melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Modul PBM</p&g...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2023

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9887 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini dilaksanakan untuk membina dan menilai Modul PBM dalam

kalangan murid sekolah menengah terhadap penguasaan kemahiran abad

ke-21 melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Modul PBM

dihasilkan melalui penyepaduan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan

(DDR) dan Model Pembinaan Modul Sidek yang dilaksanakan dalam tiga

fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan

mencuba dan menilai modul. Kaedah Delphi Terubah Suai melibatkan 10

orang panel pakar digunakan untuk menentukan reka bentuk modul PBM.

Pendekatan kuantitatif dengan Ujian-t pengukuran berulang digunakan

untuk menguji hipotesis kajian bagi penentuan keberkesanan Modul PBM

terhadap kemahiran abad ke-21 murid sebelum dan selepas menggunakan

modul. Sampel untuk kajian rintis melibatkan 41 orang murid dipilih

melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil analisis deskriptif

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara skor min fasa analisis

keperluan (3.03 (sd 0.83) dengan fasa penilaian (4.54 (sd 0.26). Ujian-t

pengukuran berulang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap kemahiran abad ke-21 murid sebelum dan selepas

menggunakan modul PBM iaitu (t = -10.59. df = 40) pada nilai p < 0.05.

Dapatan ini menunjukkan bahawa modul PBM membantu dalam

meningkatkan kemahiran abad ke-21 murid selepas dua bulan pengujian

modul dilaksanakan. Kesimpulannya, penghasilan modul ini adalah

releven digunakan oleh guru bahasa Melayu untuk meningkatkan

kemahiran abad ke-21 murid. Implikasi kajian ini diharapkan dapat

memberi sumbangan ilmu pengetahuan dan amalan terhadap

perkembangan pendekatan pengajaran berasaskan minda khususnya

terhadap guru dan murid dalam mempelajari bahasa Melayu.