Ruang dan memori dalam koreografi - Kajian terhadap karya tari site-specific oleh koreografer terpilih di Malaysia

Fenomena persembahan site-specific di Malaysia semakin berkembang

melalui anjuran program dan festival-festival seni. Pelbagai pemahaman istilah

persembahan site-specific difahami yang dapat dilihat menerusi karya-k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurulakmal Abdul Wahid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9888
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Fenomena persembahan site-specific di Malaysia semakin berkembang

melalui anjuran program dan festival-festival seni. Pelbagai pemahaman istilah

persembahan site-specific difahami yang dapat dilihat menerusi karya-karya yang

dipersembahkan. Namun, dalam konteks yang lebih global, site-specific lebih

tertumpu kepada lokasi khusus bagi sesebuah persembahan. Perbezaan

pemahaman ini telah menyumbang kepada konsep koreografi dalam persembahan

site-specific. Kelonggaran dalam pemahaman menstrukturkan persembahan sitespecific

telah memberikan kesan terhadap kualiti karya dan koreografi. Kajian ini

mendukung objektif terhadap pemahaman istilah site-specific serta

mengklasifikasikan perhubungan ruang dan memori dalam konteks koreografi sitespecific.

Tujuannya adalah untuk menganalisis penggunaan ruang dan memori dalam

proses koreografi site-specific. Kajian ini turut memfokuskan perhubungan ruang dan

memori sebagai elemen utama bagi membentuk koreografi melalui proses eksplorasi

terhadap sesebuah lokasi. Penerokaan dalam proses koreografi ini melibatkan 12

karya tari yang dihasilkan pada tahun 2009 sehingga 2018 oleh enam orang

koreografer tempatan. Pendekatan kaedah kualitatif diguna pakai dengan melibatkan

proses pengumpulan data melalui protokol temu bual dan kajian lapangan. Analisis

hasil kajian dilakukan dengan pendekatan Stage of Perfomance Work oleh Hunter

(2005) dan Memori Input-Output oleh Herman Ebbinghaus (1962) dan diangkat oleh

Baddeley (1997). Hasil kajian ini menyumbang kepada penstrukturan khusus

terhadap koreografi site-specific di Malaysia yang melibatkan pembentukan model

proses koreografi sebagai panduan dalam proses persembahan, pengajaran dan

pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta di peringkat sekolah seni Malaysia.