Hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia
<p>Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan di antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2011 yang diambil dari sumber-sumber yang beraut...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9889 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan di antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2011 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang piawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar Malaysia (KDNKm), jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm) dan jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang di antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula di dapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia dan ini menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE).</p> |
---|