Pengaruh faktor demografi dan faktor kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Perak

<p>Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja kakitangan, menganalisis perbezaan kepuasan kerja berdasarkan faktor faktor demografi, mengenalpasti faktor faktor kerja yang mempengaruhi kepuasan kerja, mengkaji hubungan faktor faktor ker...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Sani Kamaruddin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2013
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9891
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja kakitangan, menganalisis perbezaan kepuasan kerja berdasarkan faktor faktor demografi, mengenalpasti faktor faktor kerja yang mempengaruhi kepuasan kerja, mengkaji hubungan faktor faktor kerja dan mengkaji sumbangan faktor faktor kerja. Sampel kajian terdiri daripada seramai 209 orang pegawai pengurusan dan profesional serta kakitangan sokongan di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Set soal selidik yang digunakan untuk menggumpul data mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A demografi 7 soalan, Bahagian B faktor faktor kerja 20 soalan dan bahagian C faktor kepuasan kerja 26 soalan. Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 poin. Hipotesis kajian ialah, Ho 1, tidak wujud perbezaan signifikan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi, Ho 2, tidak wujud hubungan yang signifikan di antara faktor kerja dan Ho 3, Tidak wujud sumbangan faktor faktor kerja ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah peratusan dan min. Statistik inferensi ujian t dan ANOVA, telah digunakan untuk melihat perbezaan kepuasan kerja berdasarkan ciri demografi manakala analisis korelasi digunakan bagi menentukan kekuatan hubungan antara faktor kerja dan kepuasan kerja. Hasil kajian mendapati bahawa pertama, tahap kepuasan kerja sederhana. Kedua, tiada perbezaan yang signifikan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi. Ketiga, terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor kerja dengan kepuasan kerja. Keempat, hanya faktor ganjaran, struktur organisasi dan sokongan yang memberi sumbangan kepada kepuasan kerja. Untuk meningkatkan kepuasan kerja dan motivasi kerja di kalangan kakitangan juga dicadangkan untuk mewujudkan pelbagai bentuk ganjaran dan suasana persekitaran kerja yang harmoni, di samping meningkatkan daya produktiviti.</p>