Analisis strategi komunikasi mod lisan dalam program dwi bahasa Matematik Tingkatan Satu

Kajian kes ini bertujuan menganalisis strategi komunikasi mod lisan dalam pengajaran

matematik (SKMLPM) bagi lima orang guru matematik Tingkatan Satu, kelas Dual

Language Programme, di lima buah sekolah menengah keb...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9899 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian kes ini bertujuan menganalisis strategi komunikasi mod lisan dalam pengajaran

matematik (SKMLPM) bagi lima orang guru matematik Tingkatan Satu, kelas Dual

Language Programme, di lima buah sekolah menengah kebangsaan, Kinta Utara, Ipoh,

Perak. SKMLPM merangkumi pemadam bunyi bising, pengawal suara, pengimbang

suara, penambah suara, dan perekod suara. Kaedah pengumpulan data merangkumi

pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan analisis

kandungan, pemadanan paten dan analisis merentas kes. Dapatan kajian menunjukkan

lima peserta mempunyai matlamat SKMLPM domain kognitif. Empat peserta

mempunyai domain afektif dan tiada peserta mempunyai domain psikomotor. Aras

domain kognitif peserta merangkumi aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,

dan penilaian. Aras afektif adalah terbatas pada aras menerima dan memberi respons.

Kelima-lima peserta: menjalin simetri dengan murid; membenarkan penggunaan

bahasa Melayu dan bahasa ibunda; menyampai konsep mengikut turutan sebutandefinisi-

contoh-soalan; menyesuaikan suasana pembelajaran; meminta bantuan ahli

komuniti sekolah; melaksana pengawal suara secara tidak langsung; merujuk Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran; memfokus kepada sebutan, definisi, contoh, dan

soalan; menggalakkan kaedah pengajaran mod lisan; melaksana aktiviti mod lisan;

menggabungjalin komunikasi lisan dengan komunikasi visual; menggunakan alat bantu

mengajar (ABM) yang mudah; melaksana perekod suara tak bersuara dan perekod suara

bersuara. Masalah yang dihadapi oleh peserta secara kolektif adalah: tahap berbahasa

Inggeris dan kehadiran murid rendah; bunyi bising murid; kelas gelap, terdapat

pembalikan cahaya dan kelantunan bunyi; lokasi bilik khas jauh; kekurangan fasiliti

dan kemahiran teknologi maklumat. Masalah sepunya peserta adalah kekangan masa

dan masalah menambah suara ABM. Hanya dua peserta melaksana perekod suara

separa bersuara. Sebagai kesimpulan, matlamat SKMLPM peserta tidak holistik;

Peserta melaksana SKMLPM secara meningkatkan bunyi membina dan menurunkan

bunyi mengganggu; Punca masalah pelaksanaan SKMLPM adalah gangguan fizikal,

gangguan fisiologikal, gangguan semantik, gangguan psikologikal, gangguan topikal,

dan gangguan teknikal. Implikasi kajian adalah guru perlu membentuk matlamat

SKMLPM holistik, meningkatkan kemahiran melaksana SKMLPM serta merancang

pengurusan masa dan pemilihan ABM.