Hubungan kecekapan komputer kendiri menggunakan Modul Spreadsheet Belanjawan terhadap minat dan pencapaian akademik pelajar perakaunan kolej matrikulasi

Kajian ini adalah untuk mengetahui kesan penggunaan Modul Spreadsheet

Belanjawan sebagai moderator terhadap hubungan kecekapan komputer kendiri

dengan pencapaian akademik dan minat pelajar Jurusan Perakaunan di Kole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Armizawani Mohamed Buang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9900
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah untuk mengetahui kesan penggunaan Modul Spreadsheet

Belanjawan sebagai moderator terhadap hubungan kecekapan komputer kendiri

dengan pencapaian akademik dan minat pelajar Jurusan Perakaunan di Kolej

Matrikulasi. Reka bentuk utama yang digunakan dalam kajian ini adalah kuasi

eksperimen. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua pelajar kursus

Perakaunan semester dua di Kolej Matrikulasi Pahang. Pelajar yang dipilih secara

rawak merangkumi 60 orang bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan.

Tempoh pelaksanaan kajian ialah lapan minggu. Instrumen yang digunakan adalah

modul, soalan ujian pra dan pasca serta soal selidik. Data dianalisis menggunakan

ujian T-test, koefisien korelasi Pearson Spearman's rho, regresi linear berganda dan

demografi bentuk peratus dan skor min. Skor min pelajar yang menggunakan Modul

Spreadsheet Belanjawan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan

kumpulan kawalan dalam ujian pasca dengan t(118)=-60.786, p<.05. Analisis

korelasi Pearson Spearman's rho menunjukkan tidak terdapat hubungan yang

signifikan di antara kecekapan komputer kendiri dengan pencapaian akademik

r=.163, p=.214, p>.05 namun terdapat hubungan signifikan terhadap minat pelajar

r=.365, p=.004, p<.05. Manakala analisis regresi berganda mendapati bahawa

pelajar perakaunan perlu guna modul spreadsheet kerana ianya memberi kesan

moderator yang positif terhadap hubungan kecekapan komputer kendiri dengan

pencapaian akademik =-.465, p=.000 dan minat =.345, p=.010 berada di aras

signifikan Sig F=p<.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan keupayaan

kemahiran spreadsheet yang minimum dapat ditingkatkan pencapaian akademik dan

minat selepas menggunakan Modul Spreadsheet Belanjawan. Implikasi kajian

menunjukkan pendekatan penggunaan modul sebagai moderator dapat memberi

kesan yang positif dalam membantu pelajar memperolehi kemahiran spreadsheet

dalam topik Belanjawan. Kajian lanjutan untuk mengkaji Modul Spreadsheet

Belanjawan sebagai mediator dalam hubungan kecekapan komputer kendiri dengan

pencapaian pelajar serta memperluaskan sampel kajian.