Profil antropometri pemain bola jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia bawah umur 18 tahun

<p>Kajian ini dijalankan untuk menentukan profil keseluruhan dan perbezaan antropometri pemain bola jaring (PBJ) MajIis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2006 berdasarkan posisi pemain dan prestasi pasukan. Pembolehubah yang diukur adalah ketinggian, berat badan, peratusan lemak badan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorzaliza Osman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9915
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dijalankan untuk menentukan profil keseluruhan dan perbezaan antropometri pemain bola jaring (PBJ) MajIis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2006 berdasarkan posisi pemain dan prestasi pasukan. Pembolehubah yang diukur adalah ketinggian, berat badan, peratusan lemak badan dan somatotaip. Seramai 150 orang pemain yang mewakili 13 negeri dan dua Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dibahagikan kepada tiga posisi pemain (pertahanan, penyerang dan tengah) dan dua kumpulan prestasi pasukan (tinggi dan rendah). Peratusan lemak badan diukur dengan kaedah lipatan kuIit berasaskan formula Jackson, Pollock & Ward (1980) dan somatotaip diukur dengan menggunakan skala Heath dan Carter (2002). Data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA sehala. Keputusan yang signifikan dilaporkan bagi ujian ketinggian dan berat badan berdasarkan di antara posisi pemain. Nilai F yang dilaporkan masing-masing adalah F (2,147)=43.42, p<0.05 dan F (2,147)=15.30, p<0.05. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan PBJ MSSM 2006 mempunyai ketinggian dan berat badan yang hampir setara dengan PBJ Malaysia. Manakala peratusan lemak badan PBJ MSSM 2006 lebih rendah dibandingkan dengan PBJ Malaysia yang dilaporkan oleh Soh (2005). Semua PBJ MSSM 2006 memiliki tubuh badan endomorfi-mesomorfi (lebih berotot) sama dengan tubuh badan pernain elit Australia seperti yang dilaporkan dalam kajian Hopper, Hopper & Elliot (1995). Kesimpulannya, PBJ MSSM 2006 memiliki keperluan fizikal yang hampir sama dengan pemain-pemain elit negara dan luar negara.</p>