Kelangsangan dan fungsi sosial di dalam penerbitan kartun : tumpuan kepada kartun-kartun di dalam majalah Gila-Gila /
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | Malay |
Published: |
1996.
|
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Item Description: | Microfiche. Kuala Lumpur : University of Malaya Library, 1999. 2 fiches : negative ; 11 x 15 cm. ABSTRACT : Kajian ini bertujuan meninjau elemen kelangsangan dan fungi sosialdi dalam kartun, khususnya kartun yang terdapat dalam majalah Gila-Gila. Kelangsangan adalah elemen yang terpenting bagi menjadikan sesuatu kartun itu humor. Manakala humor pula adalah ciri yang terpenting di dalam lakaran kartun. Ada beberapa pendekatan yang sering digunakan oleh para kartunis bagi mencetuskan humor di dalam penerbitan kartun mereka. Pendekatan ini pula saling berkait dengan tema kartun dan khalayak. Kajian ini memberikan tumpuan kepada aspek tema kartun. Dua tema kartun telah dipilih, iaitu tema kemasyarakatan dan tema politik. Kedua-dua tema ini mempunyai peranan dan fungsi sosial kepada masyarakat. Malah, tema-tema ini adalah cerminan budaya masyarakat.Kajian ini bermula dengan menyusur galur sejarah kartun dunia sebelum mengamati sejarah kartun di Malaysia. Seterusnya kajian ini menyusur galur sejarah penerbitan majalah Gila-Gila. Ini perlu bagi melihat perkembangan kartun kerana pada fasa yang berlainan, jumlah tema kartun yang terdapat di dalam majalah tersebut turut berubah. Kajian ini menganalisis kartun yang terdapat di dalam Gila-Gila pada empat fasa yang berturutan. Kartun di dalam majalah Gila-Gila ini dipilih secara rawak dalam tempoh yang ditentukan. Melalui sampel-sampel ini, kartun-kartun yang bertema kemasyarakatan dan politik dijumlahkan. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan dari segi tema kemasyarakatan dan politik di dalam majalah Gila-Gila dalam fasa yang terkemudian berbanding dengan fasa yang terdahulu. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kelangsangan boleh terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kelangsangan fizikal dan kelangsangan lisan. Kelangsangan fizikal ini lebih menonjol dalam kartun bertema kemasyarakatan, manakala kelangsangan lisan lebih menonjol dalam kartun bertema politik. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kelangsangan sebagai elemen yang mencetuskan humor boleh digunakan di dalam perlbagai pendekatan kartun. Justeru ia boleh dirumus menjadi formula mudah yang boleh digunakan oleh para kartunis untuk menganyam humor di dalam kartun mereka. Seterusnya kajian ini menunjukkan peningkatan kartun daripada aspek fungionalnya, terutamanya fungsi sosial. Fungsi sosial kartun ini disalurkan dengan menggunakan kelangsangan sebagai deraan sosial. In bertujuan mengawal masyarakat menghampiri nilai-nilai negatif. |
---|---|
Physical Description: | iii, 162 leaves : ill. ; 30 cm. |
Bibliography: | Bibliography: leaves 154-162. |