Pemetaan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak dalam jagaan institusi awam di Malaysia: fragmentasi dalam jenis, corak, sistem dan agihan

Kajian ini adalah mengenai pemetaan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak dalam jagaan institusi awam negara. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, untuk mengeksplorasi amalan pelaksanaan jaringan sosial perkhidmatan kebajikan kanakkanak. Kedua, untuk mengenal pasti faktor-faktor antese...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Hajar Abdul Rauf (Author)
格式: Thesis 图书
语言:Malay
主题:
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah mengenai pemetaan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak dalam jagaan institusi awam negara. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, untuk mengeksplorasi amalan pelaksanaan jaringan sosial perkhidmatan kebajikan kanakkanak. Kedua, untuk mengenal pasti faktor-faktor anteseden yang menghalang keupayaan agensi-agensi yang terlibat menyampaikan jaringan perkhidmatan kebajikan yang kondusif dengan keperluan dan hak kanak-kanak. Ketiga, untuk membangunkan inisiatif-inisiatif sosial yang boleh menambah baik sistem jaringan pe;khidmatan kebajikan kanak-kanak sedia ada. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif tradisi Penjanaan Teori untuk mendapatkan data-data kajian. Satu set protokol temu bual telah dibina sebagai panduan untuk melaksanakan temu bual secara bersemuka dan mendalam terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada 24 agensi berlainan. Dapatan utama kajian mendapati bahawa walaupun institusi jagaan awam di Malaysia mengamalkan pendekatan penjagaan campuran, namun operasi jaringan perkhidmatan bercanggah dengan pendekatan penjagaan campuran yang diamalkan. Jenis jaringan sosial yang terbentuk adalah secara formal; jaringan adalah cenderung kepada corak berarah dan sehala, kebanyakannya adalah melalui orang tengah dan hubungannya berbentuk simetri yang melibatkan pelbagai agensi dalam sebuah sistem yang tertutup. Kajian ini menyimpulkan bahawa struktural (i.e., kerangka undang-undang, perihal pentadbiran, dan kedudukan geografi) merupakan faktor utama yang menghalang pembangunan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang integratif dan kondusif di Malaysia. Sebagai tindakan susulan terhadap penemuan kajian ini, tiga model; iaitu Model Pembangunan Jaringan Sosial, Model Aluran Mudah Jaringan Sosial dan Model Inovatif Jaringan Sosial Bersepadu telah dirangka. Ketiga-tiga model ini boleh menjadi alat yang produktif dalam membangunkan sebuah jaringan perkhidmatan kebajikan yang bersepadu untuk kanak-kanak di Malaysia.
实物描述:xviii, 332 leaves: ill. (some col.); 30 cm.
参考书目:Includes bibliographical references (p. 317-330)