Extraction of selected bioactive compounds from a verrhoa bilimbi fruits and their thermal stability during spray drying
A. bilimbi (ver. Nama Belimbing Buluh) mengandungi banyak sebatian bioaktif berguna yang membawa kepada pelbagai aktiviti seperti antioksidan, anti-diabetes dan antibatuk kering. Analisis terhadap ekstrak A. bilimbi menggunakan UHPLC-QTOF -MS, analisis kualitatif dan pengenalpastian menggunakan Pang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis Book |
Language: | English |
Subjects: | |
Tags: | Add Tag |
Summary: | A. bilimbi (ver. Nama Belimbing Buluh) mengandungi banyak sebatian bioaktif berguna yang membawa kepada pelbagai aktiviti seperti antioksidan, anti-diabetes dan antibatuk kering. Analisis terhadap ekstrak A. bilimbi menggunakan UHPLC-QTOF -MS, analisis kualitatif dan pengenalpastian menggunakan Pangkalan Data Metlin menunjukkan kehadiran tiga sebatian; asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin. Berdasarkan pengesahan melalui spektrometri jisim dan spectrum UV, asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin boleh digunakan sebagai penanda A. bilimbi. Pemisahan komponen bioaktif daripada bahan-bahan tumbuhan biasanya dilakukan melalui proses pengekstrakan. Hasil komponen bioaktif dalarn ekstrak itu bergantung kepada pelarut yang digunakan, kaedah pengekstrakan dan keadaan proses pengekstrakan digunakan. Dalam penyelidikan ini, pengekstrakan menggunakan ultrasonik telah digunakan. Kadar hasil pengekstrakan tertinggi sebanyak 0.28 mg/g OW asid nicotinic, 1.00 mg/g OW pantothenic asid dan 0.22 mg/g catechin OW dari A. bilimbi diperolehi pada suhu 30°C, kuasa sonication daripada 0.070 W/ml, masa 30 min, nisbah pelarut kepada pepejal 8 ml/g dan kepekatan metanol 40%. Komponen bioaktif diketahui mengalami proses degradasi apabila terdedah kepada suhu yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang, ia sering berlaku semasa proses pengekstrakan dan penghasilan serbuk. Proses ters but sering dicapai pada suhu sedikit tinggi. Oleh itu, kehilangan komponen bioaktif kerana degradasi perlu difahami sebelum kaedah kawalan yang boleh dibuat. Hasil kajian menunjukkan degradasi asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin mengikuti model kinetik tertib pertama. Asid pantothenic menunjukkan pemalar kadar degradasi yang paling rendah menunjukkan proses degradasi yang paling perlahan., diikuti oleh asid nicotinic dan catechin untuk semua suhu dikaji. Haba tenaga pengaktifan degradasi asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin adalah 43.85 kllmol, 58.86 kllmol dan 21.27 kl/rnol. Asid pantothenic mempunyai tenaga pengaktifan yang paling tinggi menunjukkan bahawa sebatian tersebut adalah lebih sensitif kepada perubahan suhu. Pemikrokapsulan boleh memberikan halangan fizikal di an tara bahagian teras dan komponen luar produk, seterusnya akan memberi perlindungan haba yang lebih baik sernasa proses pengeringan semburan. Pemikrokapsulan komponen bioaktif daripada A. bilimbi oleh pengeringan semburan menggunakan maltodekstrin menghasilkan kandungan asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin yang tinggi. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa keadaan operasi yang terbaik untuk pengeringan semburan ekstrak A. bilimbi dengan pengekalan tertinggi asid nicotinic, asid pantothenic dan catechin adalah dengan menggunakan 10% maltodekstrin DE18 pada suhu udara masuk 140°C. |
---|---|
Physical Description: | xiv, 139 leaves: some colour illustrations; 30 cm. |
Bibliography: | Includes bibliographical references (pages 103-115) |