Perbezaan tahap kualiti Functional Movement Screen antara tiga kumpulan penari berlainan bangsa dalam kalangan penari tradisional

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kualiti pergerakan dalam kalangan penari tradisional di Malaysia menggunakan alat penilaian pergerakan functional movement screen (FMS). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 66 penari (M = 33, F = 33). Kajian ini me...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: A.Maniveloo, Segar
格式: Thesis
语言:English
出版: 2022
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113351/1/113351.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kualiti pergerakan dalam kalangan penari tradisional di Malaysia menggunakan alat penilaian pergerakan functional movement screen (FMS). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 66 penari (M = 33, F = 33). Kajian ini melibatkan penari tarian tradisional daripada 3 kumpulan iaitu melayu (MD = 22) cina (CD = 22) dan India (ID = 22). Analisis diskriptif menunjukkan tahap FMS penari cina lebih baik daripada penari lain dengan (M = 18.50, SD = 1.102), diikuti penari india (M = 18.23, SD = 1.445) dan terendah ialah penari melayu (M = 16.18, SD = 2.062) dan Jumlah (M = 17.64, SD 1.878). Analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan untuk skor FMS dengan ketiga-tiga kumpulan penari , F (2,63) = 14.026, p =.000. Bagi analisis perbezaan bagi tujuh ujian FMS pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian deep squat (F (2,63) = 7.537, p =.001), hurdle step ( F (2,63) = 10.091, p =.000), shoulder mobility (F (2,63) = 6.173, p =.004), active straight leg raise (F (2,63) = 7.603, p =.001) dan trunk stability push-up (F (2,63) = 3.506, p =.036). Manakala, tiada perbezaan yang signifikan bagi ujian inline lunges (F (2,63) = .220, p =.803) dan rotary stability (F (2,63) = 2.643, p =.079). Dapatan ini menunjukkan penguasaan pergerakan asas tarian penari cina dan india lebih baik jika dibandingkan dengan tarian tradisional Melayu yang kurang mengutamakan penguasaan fleksibiliti, keseimbangan, koordinasi dan kelenturan.