Kesan Pendekatan Pembelajaran Stem Secara Teradun Terhadap Pencapaian Topik Daya Dan Gerakan Dan Persekitaran Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun melalui Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun terhadap pencapaian dalam topik Daya dan Gerakan serta persekitaran pembelajaran sains dalam kalangan murid Tingkatan Dua. Secara khususnya, kajian ini b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahrum, Noor Baizura
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52191/1/NOOR%20BAIZURA%20BINTI%20BAHRUM%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun melalui Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun terhadap pencapaian dalam topik Daya dan Gerakan serta persekitaran pembelajaran sains dalam kalangan murid Tingkatan Dua. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas dua kumpulan murid yang melibatkan murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Kajian ini juga cuba menentukan sama ada kesan pendekatan pembelajaran STEM secara teradun ke atas ujian pencapaian dan persekitaran pembelajaran sains adalah lebih tinggi pada murid berkebolehan rendah atau pada murid berkebolehan sederhana atau sama ada kesannya adalah sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat perbezaan antara konstruk persekitaran pembelajaran sains iaitu pengalaman peribadi, ketidakpastian, suara kritis, kawalan sepunya dan perundingan murid terhadap murid berkebolehan rendah dan murid berkebolehan sederhana. Reka bentuk kajian pra-eksperimen berbentuk ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini turut membincangkan pembinaan Modul Pendekatan Pembelajaran STEM Secara Teradun berdasarkan reka bentuk pengajaran Model Kemp yang terdiri daripada sembilan elemen reka bentuk.