Perubahan Seni Bina Dalam Konteks Budaya Merantau Dan Kesannya Terhadap Rumah Tradisional Negeri Sembilan, Malaysia

Alam Minangkabau merangkumi wilayah tengah Sumatera Barat yang dikenali sebagai darek hingga ke rantau Timur Minangkabau di Riau dan Negeri Sembilan. Pemekaran nagari Minangkabau disebabkan oleh proses merantau menyaksikan berlakunya variasi seni bina Minangkabau termasuklah Rumah Lentik Kampar (...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wahab, Mohamad Hanif Abdul
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/55749/1/full%20thesis%20by%20Mohamad%20Hanif_16%20dec%202019.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Alam Minangkabau merangkumi wilayah tengah Sumatera Barat yang dikenali sebagai darek hingga ke rantau Timur Minangkabau di Riau dan Negeri Sembilan. Pemekaran nagari Minangkabau disebabkan oleh proses merantau menyaksikan berlakunya variasi seni bina Minangkabau termasuklah Rumah Lentik Kampar (RLK) di Riau, Indonesia dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan (RTNS) di Negeri Sembilan, Malaysia. Tesis ini mengkaji tentang pengaruh budaya merantau terhadap seni bina RTNS di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pembentukan seni bina RTNS di Negeri Sembilan dan Rumah Adat Minangkabau (RAM) di Sumatera berlaku disebabkan perubahan secara evolusi yang selari dengan perkembangan kebudayaan Minangkabau. Ia membentuk kesamaan dan perbezaan pada seni bina rumah masyarakat Minangkabau melalui adat matrilineal, kelarasan atau hukum adat dan persekitaran luhak. Namun fenomena kesamaan dan perbezaan elemen-elemen seni bina di antara RTNS dengan RAM tidak dirungkai. Tambahan pula, akibat kurangnya kefahaman masyarakat tentang perkaitan kedua-dua seni bina, maka telah berlaku konflik pemilikan dan identiti di antara Malaysia dengan Indonesia apabila ruang pameran Malaysia di Shanghai World Expo 2010 mengadaptasikan analogi seni bina Minangkabau, Indonesia. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji ciri-ciri budaya merantau yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia ke Negeri Sembilan, Malaysia dengan menganalisa prinsip pembinaan serta menilai teori yang membentuk variasi seni bina pada RTNS dan RAM.