Perbezaan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kuala Selangor

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norazila Dawood
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10387
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri peribadi pelajar, hal berkaitan keluarga, hal berkaitan sekolah, pengaruh individu, dan pengalaman bekerja pelajar terhadap lima ciri kecenderungan keusahawanan iaitu keinginan untuk mencapai kejayaan, kreativiti dan inovasi, kawalan lokus dalaman, mengambil risiko terencana, dan keinginan autonomi. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan Tiga dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data dibentuk berdasarkan kepada Entrepreneurial Attitude Orientation (Robinson et al.0 1991), General Enterprising Tendency Test (1988) dan Gray (1989). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan jaantina, etnik, kedudukan dalam keluarga,pengaruh individu dan pengalaman bekerja. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, jawatan yang disandang di sekolah dan aliran Kemahiran Hidup. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru untuk menggalakkan pelajar agar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan kepada pihak pentadbiran kolej dalam memperkemaskan penawaran kursus-kursus vokasional atau keusahawanan yang dijalankan. Inisiatif dan Kerjasama semua pihak dalam membangunkan usahawan dari kalangan golongan muda adalah sangat penting kerana kecenderungan kepada bidang keusahawanan ini akan membuka peluang yang lebih besar bagi merancakkan lagi pertumbuhan perniagaan firma berteknologi tinggi dan seterusnya akan menjana ekonomi Malaysia dengan lebih pantas.</p>