Kebolehpercayaan dan kesahan ujian lari/berjalan sebatu dan ujian pacer

<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER di kalangan pelajar yang berumur 13 tahun di daerah Hulu Selangor. Seramai 90 orang subjek terlibat bagi ujian di padang, iaitu Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER ma...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zolkifli Abd. Ghani
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2006
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10407
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER di kalangan pelajar yang berumur 13 tahun di daerah Hulu Selangor. Seramai 90 orang subjek terlibat bagi ujian di padang, iaitu Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER manakala 30 orang subjek dipilih secara rawak mudah daripada kumpulan 90 orang tersebut diuji di makmal menggunakan Protokol Ujian Treadmill-Bruce sebagai ujian rujukan kriteria. Kaedah Uji dan ulang uji digunakan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan kedua-dua ujian. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Lari/berjalan Sebatu pertama dan kedua (r = .98) manakala hubungan yang signifikan juga diperoleh antara Ujian PACER pertama dan kedua ( r = .99). Nilai kesahan yang diperoleh bagi Ujian Lari/berjalan Sebatu ialah 0.64 dan Ujian PACER pula ialah 0.69. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan an tara nilai ramalan V02 max Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER yang diperoleh melalui persamaan matematik dengan nilai V02 max yang diukur di makmal. Berdasarkan hasil kajian ini, Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian FACER sesuai dan boleh digunakan bagi menguji tahap kecergasan kardiorespiratori pelajar yang berumur 13 tahun. Bagi menentukan nilai ramalan V02 max yang bcrsesuaian dengan pelajar di negara ini, pengkaji mencadangkan kajian lain perlu dilakukan untuk mendapatkan persamaan matematik yang lebih tepat.</p>