Keterlibatan pekerja sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan lautan biru dengan prestasi pasukan di Kolej Vokasional Zon Utara

Tujuan kajian ini adalah untuk membina model kepimpinan lautan biru, dan menentukan

hubungan antara kepimpinan lautan biru, serta keterlibatan pekerja dengan prestasi pasukan

dalam kalangan guru di kolej vokasional....

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Oh, Zi Jian
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2023
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11154
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Tujuan kajian ini adalah untuk membina model kepimpinan lautan biru, dan menentukan

hubungan antara kepimpinan lautan biru, serta keterlibatan pekerja dengan prestasi pasukan

dalam kalangan guru di kolej vokasional. Pengaruh mediator keterlibatan pekerja dalam

hubungan antara kepimpinan lautan biru dan prestasi pasukan dalam kalangan guru telah diuji.

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Sejumlah

402 orang guru yang terdiri daripada 22 kolej vokasional yang terletak di Zon Utara mengambil

bahagian dalam kajian ini. Mereka dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan pensampelan

rawak berstrata berkadar. Permodelan Persamaan Berstruktur digunakan untuk menganalisis

data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan lautan biru dapat diukur melalui tiga

dimensi iaitu fokus, wawasan dan pengaruh ideal. Keterlibatan pekerja dapat diukur melalui

tiga dimensi iaitu dedikasi, penyerapan dan semangat. Prestasi pasukan dapat diukur dengan

menggunakan lima item dalam satu konstruk. Model yang dibangunkan memenuhi nilai Indeks

Kesepadanan yang diperlukan dengan nilai RMSEA = 0.067, CFI = 0.899, TLI = 0.886 dan

Chisq/df = 2.814. Kepimpinan lautan biru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap

keterlibatan pekerja manakala keterlibatan pekerja mempunyai pengaruh yang signifikan

terhadap prestasi pasukan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru yang melaksanakan

kepimpinan lautan biru memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlibatan pekerja

dan prestasi pasukan di kolej vokasional. Penerapan kepimpinan lautan biru oleh guru

berpotensi untuk disepadukan dalam bidang pengurusan pendidikan.