Garis panduan pembangunan video animasi bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima

Dalam era teknologi kini, penggunaan video animasi semakin mendapat tempat sebagai

alat bantu penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan, terutamanya untuk mata

pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2023

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11433 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Dalam era teknologi kini, penggunaan video animasi semakin mendapat tempat sebagai

alat bantu penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan, terutamanya untuk mata

pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.

Namun, tiada sebarang garis panduan untuk pembangunan video animasi sebagai bahan

bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran berkenaan buat ketika ini. Maka, kajian ini

dijalankan untuk membangunkan satu garis panduan pembangunan video animasi bagi

mata pelajaran Sejarah Tingkatan lima. Pendekatan DDR digunakan dalam kajian ini

yang melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan

pembangunan, dan fasa penilaian, yang melibatkan satu panel pakar yang mempunyai

kepakaran dalam bidang multimedia dan pendidikan sejarah. Dapatan fasa pertama

kajian berdasarkan kaedah temu bual dengan lima (5) orang pakar menunjukkan

terdapat keperluan untuk garis panduan pembangunan video animasi bagi mata

pelajaran berkenaan dengan mengenal pasti beberapa konstruk dan item yang penting.

Manakala, dapatan fasa kedua kajian melalui teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 15

orang pakar mengesahkan bahawa kesemua konstruk dan item dalam garis panduan

berkenaan amat diperlukan. Akhir sekali, dapatan fasa ketiga kajian yang melibatkan

lima (5) orang pakar menunjukkan garis panduan untuk pembangunan video animasi

berkenaan boleh membantu pembangun animasi dalam pembangunan BBM

berasaskan animasi bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan lima. Oleh hal yang

demikian, implikasi daripada dapatan kajian ini ialah garis panduan yang dicadangkan

yang terdiri daripada beberapa konstruk dan item yang penting boleh digunakan untuk

memperkukuhkan pembangunan video animasi sebagai satu BBM yang berkesan untuk

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan

lima lebih menarik.