Pembuatan keputusan multi-kriteria untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): pendekatan teknik Proses Hierarki Analisis (PHA)

<p>Kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu isu yang sering menimbulkan kontroversi. Maka, perIunya satu teknik yang dapat membantu pembuat keputusan mempertimbangkan kriteria-kriteria yang merangkumi keseluruhan tugasan, aktiviti dan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Salmuni Wan Mustaffa
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11527
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu isu yang sering menimbulkan kontroversi. Maka, perIunya satu teknik yang dapat membantu pembuat keputusan mempertimbangkan kriteria-kriteria yang merangkumi keseluruhan tugasan, aktiviti dan sumbangan calon supaya pemilihan yang dibuat adalah adil dan berkualiti. Kajian ini membincangkan pembuatan keputusan untuk kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik di Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kriteria-kriteria telah dibina berdasarkan 4 komponen iaitu Penyelidikan dan Penerbitan, Pengajaran, Perkhidmatan dan Keperibadian yang mengambil kira pandangan global dan penilaian semasa. Teknik Proses Hierarki Analisis (PHA) telah digunakan bagi menentukan keutamaan kepentingan terhadap komponen serta kriteria-kriteria untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik. Data dianalisis dengan menggunakan 3 prinsip dalam teknik PHA iaitu penghuraian, pertimbangan perbandingan relatif dan sintesis prioriti. Hasil analisis mendapati komponen terpenting semasa pertimbangan untuk kenaikan pangkat dilakukan oleh pembuat keputusan adalah Penyelidikan dan Penerbitan dengan nilai pemberat tertinggi (0.3919). Nisbah kekonsistenan adalah diantara (0.000)hingga(0.0144).</p>