Pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpr...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norhayati Nasir
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1222
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan data responden dalam mengenal pasti faktor-faktor penyumbang dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kerja, gaji, minat dan sokongan daripada ibu bapa merupakan faktor penyumbang utama dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian juga turut menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gred pencapaian jururawat pelatih di bawah PNGK 3.0. Jururawat pelatih dalam kajian ini tidak memberikan tumpuan semasa sesi kuliah berlangsung, belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan, tidak membuat ulangkaji dan akhirnya mereka terpengaruh dengan kesan negatif oleh kawan. Antara cadangan untuk membaiki gred pencapaian jururawat pelatih ialah tempoh penempatan latihan amali mereka dipendekkan terutama di wad-wad yang sibuk menjelang peperiksaan mereka dan tenaga pengajar jururawat pelatih disaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat mereka.