Hubungan faktor kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap serta kepuasan guru data dan maklumat terhadap emis online (IR)

Kajian ini menentukan hubungan antara faktor penerimaan kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap dengan kepuasan Guru Data dan Maklumat (GDM) terhadap penggunaan EMIS Online dalam pengurusan data dan maklumat pendidikan di sekolah. Kajian tinjauan secara kuantitatif telah dilaksanakan melibatkan 120 ora...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ermie Dharlya Che Daud
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1262
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini menentukan hubungan antara faktor penerimaan kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap dengan kepuasan Guru Data dan Maklumat (GDM) terhadap penggunaan EMIS Online dalam pengurusan data dan maklumat pendidikan di sekolah. Kajian tinjauan secara kuantitatif telah dilaksanakan melibatkan 120 orang GDM sekolah menengah di Pahang. Statistik deskriptif, inferensi korelasi Pearson dan regresi linear digunakan untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan GDM terhadap EMIS Online adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan positif antara faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap sikap GDM dalam menggunakan EMIS Online. Sikap juga mempengaruhi kepuasan GDM dalam menggunakan sistem ini. Bagaimanapun, perbezaan signifikan min sikap hanya wujud antara GDM berumur antara 31-35 tahun dan 36-40 tahun. Perbezaan signifikan min kepuasan GDM hanya wujud dalam kekerapan penggunaan EMIS Online. Tahap penerimaan kebergunaan, kemudahgunaan, dan sikap memainkan peranan yang penting dalam menentukan kepuasan GDM terhadap EMIS Online.