Faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara fak...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Aishah Ismail
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1272
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktor luaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf, seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf serta menjadikan wakaf sebagai satu amalan dalam hidup mereka.