Kesan penggunaan jigsaw puzzle dalam menulis formula Kimia sebatian ion terhadap kefahaman pelajar sains tingkatan 4 (IR)

Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan jigsaw puzzle sebagai alat visualisasi bagi membantu pelajar menulis formula kimia sebatian ion. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah ujian dan soal selidik. Sejumlah 115 pelajar ali...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Leela Devi Palany Kumar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1432
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan jigsaw puzzle sebagai alat visualisasi bagi membantu pelajar menulis formula kimia sebatian ion. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah ujian dan soal selidik. Sejumlah 115 pelajar aliran sains tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian ini juga turut meninjau persepsi mereka terhadap penggunaan jigsaw puzzle dalam proses pengajaran-pembelajaran. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan aktiviti jigsaw puzzle yang diperkenalkan berjaya memberi kefahaman kepada pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion. Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti jigsaw puzzle. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan jigsaw puzzle adalah berkesan meningkatkan pencapaian pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion serta mendapat persepi yang positif daripada mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa elemen permainan perlu diselitkan semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pembelajaran adalah lebih heuristik.