Perbandingan tahap kebolehbacaan bahan bacaan pilihan murid dan guru (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Seterusnya perbandingan di antara tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dengan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Reka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Aisyah Adnan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1458
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Seterusnya perbandingan di antara tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dengan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah rendah yang dibahagikan kepada sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang murid sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. 288 buah bahan bacaan telah dianalisis kandungannya dari aspek jumlah ayat, jumlah patah perkataan dan jumlah suku kata dengan menggunakan Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (1982). Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan pemilihan oleh murid dengan guru dari aspek tahap kebolehbacaan bahan dan genre bahan bacaan. Namun demikian dapatan turut menunjukkan persamaan antara pemilihan bahan oleh guru dan murid dari aspek bahan bacaan berilustrasi. Dapatan kajian juga memperlihatkan perbezaan pemilihan tahap kebolehbacaan bahan, genre, dan illustrasi mengikut jantina, lokasi, tahap dan tahun persekolahan murid.