Nilai murni dalam iklan televisyen satu tinjauan berdasarkan teori relevans (IR)

Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dike...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zuhana Amatol Akrma Hapipi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1514
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dan menghuraikan makna nilai mumi berdasarkan Teori Relevans (TR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan terhadap iklan televisyen dari tahun 2009 hingga 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 45 iklan televisyen yang telah diterbitkan. Daripada 45 iklan tersebut, terdapat 10 iklan yang menerapkan 10 nilai mumi daripada 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh KPM (1994) sebagai panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Didapati bahawa kebanyakan iklan menyampaikan makna nilai mumi dengan jelas dan relevan. Pengaplikasian TR berjaya merungkai ujaran eksplikatur dan implikatur dengan melihat kepada aspek konteks, kesan konteks dan us aha memproses. Diharapkan pendedahan iklan televisyen terbitan KKMM yang mengandungi nilai mumi dapat diaplikasi dalam P&P, seterusnya guru dapat memupuk amalan nilai mumi dalarn kalangan pelajar serta membantu memahami makna mesej yang disampaikan dalam iklan televisyen secara mudah danjelas.