Kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap aspek psikologi pelajar ibu bapa bercerai (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT) terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa bercerai. Kaedah eksperimen kuasi dengan pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan dan kumpulan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nor Afiti Mohd Basri
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1623
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT) terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa bercerai. Kaedah eksperimen kuasi dengan pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan dalam kajian ini. Subjek adalah 30 pelajar tingkatan 1 dan 2 dari sebuah sekolah di negeri Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan serta diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan (20 subjek) dan kumpulan kawalan (10 subjek). Subjek kumpulan rawatan telah didedahkan lapan sesi kaunseling kelompok CTRT yang memakan masa selama 16 jam. Data pra ujian dan pos ujian telah diukur dengan menggunakan Inventori Remaja Ibu bapa Bercerai dan seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perbandingan min, ANCOVA dan Post Hoc pada nilai aras signifikan .05. Hasil kajian menunjukkan kaunseling kelompok CTRT berkesan secara signifikan terhadap kemurungan, kebimbangan, kelangsangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa dalam kalangan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, intervensi melalui kaunseling kelompok CTRT didapati berkesan untuk membantu menangani masalah psikologi remaja ibu bapa bercerai.