The use of metacognitive strategies to enhance listening comprehension among form six students (IR)

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan strategi metakognisi sebagai panduan untuk kefahaman mendengar. Kajian kuasi-experimen ini bertujuan untuk menyelidik kesan pengajaran strategi metakognisi secara explisit di dalam bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran k...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Logambal@Latha K. Krishnan
格式: thesis
語言:eng
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2427
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan strategi metakognisi sebagai panduan untuk kefahaman mendengar. Kajian kuasi-experimen ini bertujuan untuk menyelidik kesan pengajaran strategi metakognisi secara explisit di dalam bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran kefahaman mendengar. Seramai 90 pelajar Tingkatan 6 Atas telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan; dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan yang telah menjalani ujian pra dan ujian pos. Kumpulan eksperimen telah diberikan instruksi eksplisit mengenai strategi-strategi metakognisi yang dapat mengawal selia kefahaman mendengar manakala kumpulan kawalan diberikan pengajaran bukan-metakognisi yang berorientasikan hasil pembelajaran. Skor ujian dianalisa menggunakan Ujian t berpasangan yang menghasilkan dapatan bahawa hipotesis nol (H0) ditolak yakni membuktikan bahawa instruksi strategi metakognisi di dalam pengajaran pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran kefahaman mendengar para pelajar. Dapatan dari soal selidik yang mengkaji tahap kesedaran metakognisi responden (MALQ) selepas ujian pra dan pos memberikan maklumat mengenai peningkatan tahap kesedaran metakognisi di kalangan kumpulan eksperimen. Hasil soal-selidik separa-berstruktur menunjukkan bahawa respons pelajar adalah positif terhadap penggunaan strategi metakognisi. Strategi metakognisi sekiranya diajar secara eksplisit dapat membantu guru memberikan panduan kepada pelajar untuk mengawal selia kefahaman mendengar dengan lebih berkesan.