Keperluan latihan di kalangan guru-guru sejarah di sekolah menengah daerah Perak Tengah (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan latihan di kalangan guru-guru di Perak Tengah yang mencakupi empat aspek keperluan latihan iaitu pengetahuan, strategi dan kaedah pengajaran, kemahiran berasaskan sekolah dan kemahiran pengurusan dan organisasi, guru-guru sekolah menengah. Kajian d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Anuar Puteh Harun
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2672
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan latihan di kalangan guru-guru di Perak Tengah yang mencakupi empat aspek keperluan latihan iaitu pengetahuan, strategi dan kaedah pengajaran, kemahiran berasaskan sekolah dan kemahiran pengurusan dan organisasi, guru-guru sekolah menengah. Kajian dijalankan dengan menggunakan Kaedah Tinjauan. Kajian ini merupakan kajian populasi yang mengambil kira keseluruhan guru-guru Sejarah di Perak Tengah iaitu 65 orang guru di 14 buah sekolah. Untuk mendapatkan data, set soal selidik The Leader Behavior Descriptrion Questionnaire (LBDQ) digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan dua kaedah. l) Analisis deskriptif 2) Analisis Inferential. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan maklumat yang berkait dengan biodata melalui pendekatan peratusan. Manakala Min dan Sisihan Piawai digunakan untuk meneliti skor setiap item dalam soal selidik. Statistik Inferential digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti Ujian T dan ANOVA yang diaplikasikan untuk pengujian perbezaan, untuk melihat perbezaan di antara keperluan latihan dengan status jantina, taraf perkahwinan, umur, pengalaman, kelulusan akademik dan berdasarkan empat kategori keperluan latihan iaitu pengetahuan, strategi dan kaedah pengajaran, kemahiran berasaskan sekolah dan kemahiran pengurusan dan organisasi, guru-guru sekolah menengah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) Kemahiran pengurusan dan organisasi menunjukkan keperluan latihan yang paling diutamakan dan ini diikuti oleh kemahiran berasaskan sekolah, strategi dan kaedah pengajaran dan pengetahuan (b) Faktor demografi seperti status jantina, umur, tempoh perkhidmatan, taraf perkahwinan, dan kelulusan akademik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan keperluan latihan. Sehubungan itu beberapa cadangan dikemukakan terhadap badan-badan yang terlibat dengan latihan dan kemahiran guru-guru seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan Institut Aminudin Baki dan Maktab Perguruan.