Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-R...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nurul Huda Md Yusuff
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2728
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-Rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, kelayakan pinjaman dan uji barang gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian serta pengembalian barang adalah paling tinggi, manakala nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, dan tempoh gadaian pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi ar-Rahnu di Malaysia untuk menyediakan sistem pemantauan yang teliti bagi memantau kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai bertugas supaya mematuhi manual gadaian institusi selain menambahbaik carta aliran kerja sedia ada.