Hubungan fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah (IR)
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah. Reka bentuk kajian merupakan kajian berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 120 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) di...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | eng |
出版: |
2014
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2848 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara fungsi pengurusan dengan kejayaan koperasi sekolah. Reka bentuk kajian merupakan kajian berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 120 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih di Perak. Analisis data menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah berada pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi menunjukkan bahawa fungsi pengawalan dan fungsi kepimpinan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kejayaan koperasi sekolah, manakala fungsi pengorganisasian dan fungsi perancangan menunjukkan hubungan yang lemah tetapi signifikan. Pendedahan tentang fungsi pengurusan dalam koperasi sekolah kepada Ahli Lembaga Koperasi melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai boleh membantu meningkatkan prestasi koperasi sekolah pada masa akan datang. |
---|