Optimizing physiological, psychological and performance outcomes using tapering techniques among junior cyclists (IR)

<p>Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan peningkatan beban latihan dalam tiga hari terakhir fasa taper menggunakan protokol taper eksponen ke atas pemboleh ubah fisiologi, psikologi dan ujian masa 20KM dalam kalangan pelumba basikal remaja. Kajian ini melibatkan kump...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Asmadi Ishak
格式: thesis
语言:eng
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3055
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan peningkatan beban latihan dalam tiga hari terakhir fasa taper menggunakan protokol taper eksponen ke atas pemboleh ubah fisiologi, psikologi dan ujian masa 20KM dalam kalangan pelumba basikal remaja. Kajian ini melibatkan kumpulan kawalan dan dua kumpulan eksperimental iaitu kumpulan taper eksponen yang telah diubah suai dan kumpulan taper eksponen biasa. Dua puluh satu pelumba basikal remaja lelaki terlibat dalam kajian ini dan sembilan belas (19) peserta (purata umur = 16.95 0.8 tahun) menamatkan kajian sehingga ke peringkat akhir. Peserta dipadankan berdasarkan nilai pengambilan oksigen maksimum (V02max) dari pengukuran awal dan dibahagikan kepada tiga kumpulan; taper eksponen biasa (NET), taper eksponen yang telah diubah suai (MET) dan kumpulan kawalan (CON). Kedua-dua kumpulan eksperimental menjalani latihan kecergasan berbentuk progresif selama tiga bulan diikuti dengan dua minggu latihan taper. Kumpulan kawalan meneruskan latihan kecergasan sehingga ke akhir tempoh kajian. Kesemua parameter diukur pada pengukuran awal, pra-taper dan pasca-taper. Hasil analisis variance (ANOVA) menunjukkan terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan eksperimental dengan kumpulan kawalan merentasi masa pengukuran untuk pemboleh ubah V02max, keluaran kuasa maksimum (Wmax), kadar denyutan jantung maksimum (HRmax), rating perceive of exertion (RPE), hemoglobin (Hg), hematokrit (Hct), laktat (Lac), kreatina kinase (CK), laktat dehidrogenase (LDH), kortisol, kelesuan and semangat. Keputusan analisis post-hoc menunjukkan kedua-dua kumpulan eksperimental (NET dan MET) menunjukkan nilai V02max, Wmax, skor RPE, kepekatan Hg, Het, Lac dan vigor yang tinggi berbanding kumpulan kawalan. Sebagai tambahan, keputusan ujian post-hoc menunjukkan kumpulan eksperimen (NET dan MET) mempunyai nilai HRmax, CK, LDH, dan kepekatan kortisol and skor kelesuan yang signifikan rendah berbanding kumpulan kawalan. Keputusan kajian pasea taper menunjukkan kumpulan eksperimental mempunyai masa yang lebih pantas dalam ujian masa 20 km berbanding kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan ditunjukkan di antara kumpulan MET dan NET dalam kesemua parameter yang diukur. Sebagai kesimpulan, kedua -dua jenis taper (MET dan NET) mempunyai kesan yang sarna untuk mengoptimumkan hasil prestasi, fisiologi dan psikologi dalam kalangan pelumba basikal remaja.</p>