Kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi asas dan perkhidmatan Geriatrik (IR)

<p>Kaedah pengajaran pada masa kini menimbulkan pelbagai masalah antaranya pengajaran lebih berbentuk kepada teori dan komunikasi satu arah sahaja yang akan mcngakibatkan pelajar menjadi bosan, kurang memberikan tumpuan dan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka. Sehubungan itu, kaji...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Fazly Mustapha
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3114
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kaedah pengajaran pada masa kini menimbulkan pelbagai masalah antaranya pengajaran lebih berbentuk kepada teori dan komunikasi satu arah sahaja yang akan mcngakibatkan pelajar menjadi bosan, kurang memberikan tumpuan dan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan video bersegmen terhadap pencapaian dan sikap pelajar dalam mata pelajaran Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif deskriptif dengan memilih rekabentuk kuasi eksperimen berbentuk ujian pra-pasca bagi melihat pencapaian dan sikap pelajar melalui penggunaan video bersegmen. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 dari Sckolah Menengah Seksyen 24 (2), Shah Alam, Selangor. Data yang telah dikumpul hasil daripada ujian berkenaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t. Dapatan analisis deskriptif ujian pra-pasca menunjukkan tcrdapat peningkatan pencapaian yang diperolehi dan hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan terhadap sikap pelajar dengan penggunaan video bersegmen dalam mata pelajaran berkenaan. Justeru itu, kaedah video bersegmen dapat digunakan untuk pembelajaran kendiri yang berkesan dan menjimatkan masa.</p>