Kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin (IR)

<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah seko...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Sarimah Arifin
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3332
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Berdasarkan data Soal Selidik Kecerdasan Emosi, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang dianggotai oleh 30 orang dan 15 orang di dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerima rawatan yang diberikan oleh pihak sekolah, namun kumpulan rawatan diberikan 8 sesi bimbingan kelompok berdasarkan modul berpandukan pendekatan pemusatan-insan. Data kuantitatif dikumpul berdasarkan respon pelajar terhadap Soal Selidik Kecerdasan Emosi. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t dengan aras signifikan ditetapkan pada aras 05. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min kecerdasan emosi antara praujian dan posujian bagi kumpulan rawatan. Skor min posujian didapati lebih tinggi dibandingkan dengan skor min praujian bagi kumpulan rawatan. Sebaliknya, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min praujian dan posujian yang signifikan bagi kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalah bimbingan kelompok ini boleh digunakan berdasarkan modul pendekatan pemusatan-insan boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin.</p>