Kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat terhadap sikap murid-murid tahap satu (IR)

<p>Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat dari segi sikap murid-murid tahap satu. Kajian ini melibatkan pembangunan permainan yang berbeza prinsip persuasif grafik iaitu prinsip syarat, prinsip cadangan dan prinsip pem...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norlia Mat Esa
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3526
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat dari segi sikap murid-murid tahap satu. Kajian ini melibatkan pembangunan permainan yang berbeza prinsip persuasif grafik iaitu prinsip syarat, prinsip cadangan dan prinsip pemantauan diri. Sikap diukur dari segi afektif, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini adalah berdasarkan kepada pendekatan eksperimen kuasi menggunakan kumpulan kawalan tidak seimbang untuk menilai kesan prinsip persuasif grafik terhadap sikap. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid dari sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar. Hipotesis telah diuji menggunakan analisis ANCOVA dan multivariat kovarian (MANCOVA) dengan pelarasan Bonferroni (aras signifikan =p<.01). Analisis menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian kumpulan yang menggunakan prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri dalam bentuk persuasif grafik berbanding dengan kumpulan yang menggunakan pendekatan permainan tanpa prinsip persuasif grafik pada aras signifikan p<.05. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor afektif, kognitif dan tingkah laku bagi prinsip persuasif grafik. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri adalah berkesan dalam mengubah sikap. Sebaliknya prinsip cadangan adalah tidak signifikan dalam mengubah sikap. Implikasi kajian menunjukkan bahawa prinsip syarat dan prinsip pemantauan diri boleh digunakan dalam prinsip persuasif grafik yang menyumbang kepada perubahan sikap murid.</p>