Hubungan antara sikap pengguna dan pemilihan institusi perbankan Islam : kepatuhan agama sebagai mediator (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantita...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Maslina Mohamed
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3554
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 357 staf IPT yang dipilih menggunakan teknik pensampelan sistematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Structural Equation Modelling (SEM). Analisis deskriptif menjelaskan tahap sikap, kepatuhan agama dan pemilihan perbankan Islam, manakala analisis SEM bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min sikap, kepatuhan agama dan pemilihan Perbankan Islam berada pada tahap yang tinggi. Sikap dan kepatuhan agama mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap pemilihan perbankan Islam. Kepatuhan agama bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara sikap pengguna dengan pemilihan perbankan Islam. Kesimpulannya, sikap pengguna yang positif mempengaruhi pemilihan institusi perbankan Islam dan hubungan tersebut diperkuatkan dengan konstruk kepatuhan agama. Implikasi kajian ini menambah kepada literatur sedia ada dalam pembuktian empirikal berhubung gelagat pengguna dalam pemilihan perbankan Islam. Tambahan pula, ia menjadi panduan kepada pengurusan institusi perbankan Islam dalam menawarkan perkhidmatan yang berupaya memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.