Keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif teknik jigsaw dalam menguasai konsep luas permukaan pepejal geometri II (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif teknik jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kajian kuasi eksperimen. Data pencapaian pelajar dikumpul dengan me...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Nor Zulaikha Wan Ibrahim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3805
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif teknik jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan kajian kuasi eksperimen. Data pencapaian pelajar dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Sampel juga diambil secara rawak daripada 60 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Pelajar diberikan ujian pra untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan sama rata iaitu 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar untuk kumpulan eksperimen. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan teknik jigsaw dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini telah membuktikan bahawa teknik jigsaw boleh dijadikan satu kaedah alternatif yang berkesan kepada pelajar yang mempelajari teknik jigsaw ini.