Identiti tempat pelancongan bagi bandar-bandar kecil lama: kajian kes Teluk Intan dan Batu Gajah (IR)

Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellies Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempa...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Nasuhairree Abdull Manaf
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3821
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan meneroka identiti tempat pelancongan bagi dua buah bandar kecil lama yang terletak di Teluk Intan dan Batu Gajah, Perak. Di antara lokasi pelancongan Kellies Castle dan Menara Condong Teluk Intan dipilih sebagai pusat lokasi pengumpulan data primer dalam kalangan pelancong tempatan. Seramai 250 orang responden di Batu Gajah dan 170 orang di Teluk Intan dipilih sebagai sampel kajian. Responden ditemu bual bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan identiti bagi kedua-dua lokasi pelancongan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dan temu bual ringkas dianalisis secara deskriptif menggunakan min, jadual silang dan Khi Kuasa Dua untuk memahami identiti tempat pelancongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti tempat pelancongan di Teluk Intan dan Batu Gajah dikenal pasti sebagai ikon warisan sejarah berbanding dengan ikon pelancongan moden. Walau bagaimanapun, jika strategi perancangan pelancongan tidak konsisten dengan identiti pelancongan yang telah wujud, ia akan menyebabkan berlaku kekeliruan dan kerosakan ikon identiti di destinasi pelancongan. Oleh itu, ikon pelancongan di bandar kecil lama ini perlu diurus dengan teliti untuk memelihara identiti di kawasan pelancongan.