Hubungan kepimpinan instruksional dengan penerimaan persekitaran pembelajaran maya di sekolah-sekolah menengah daerah Kinta Selatan, Perak (IR)

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) FROG dalam Daerah Kinta Selatan di Negeri Perak. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melib...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Noraznira Ismail
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3935
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) FROG dalam Daerah Kinta Selatan di Negeri Perak. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 291 orang guru di sepuluh buah sekolah menengah Daerah Kinta Selatan, Perak. Data diperolehi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara keseluruhannya menjelaskan amalan kepimpinan instruksional pengetua di Daerah Kinta Selatan adalah pada tahap tinggi manakala penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru pula adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua dimensi kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua berdasarkan jantina pengetua. Penerimaan VLE FROG pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk Jangkaan Usaha, Jangkaan Prestasi, Pengaruh Sosial, dan Keadaan Kemudahan berdasarkan faktor jantina dan tempoh pengalaman mengajar. Dapatan kajian daripada analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan penerimaan VLE FROG di sekolah-sekolah yang dikaji. Implikasi kajian ini menunjukkan amalan kepimpinan instruksional pengetua berupaya mempengaruhi penerimaan VLE FROG dalam kalangan guru. Justeru, maklumat ini diharap dapat menjadi asas kepada kajian lanjutan yang lain bagi meluaskan kajian berkaitan pengaruh dan kesan Kepimpinan Instruksional pengetua ke atas penerimaan adaptasi teknologi pendidikan di sekolah selain VLE FROG.